Penapis Air Shaklee Get Clean Water Pitcher Penapis Air Terbaik dan Murah di Pasaran

Pernah tak anda terfikir bagaimana keadaan paip-paip yang menyalurkan air ke rumah kita? Ya.. kebanyakan paip air yang menyalurkan air ke rumah-rumah adalah seperti di bawah ini.

paip lama

Walaupun air yang keluar dari paip air rumah jernih, namun kita tidak tahu kandungan bahan kimia lain seperti klorin, plumbum, aluminum dan bahan cemar lain yang terdapat di dalam air tersebut. Tidak semua bahan kimia ini akan hilang walaupun air tersebut telah dimasak. Bahan-bahan kimia ini membahayakan kesihatan untuk jangka masa panjang. Apatah lagi kalau kita menggunakan air tersebut untuk membancuh susu anak kita. Anak-anak kita terdedah kepada pencemaran bahan kimia sejak kecil lagi. Jadi, nak tak nak, kita kena labur sedikit duit untuk memasang penapis air yang berkualiti di rumah.

Penapis air Shaklee Get Clean Water Pitcher merupakan sistem penapisan air multipaten teknologi terbaru. Penapis air Shaklee ini menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air dengan mengurangkan bahan pencemaran plumbum sehingga 99%.

Penapis air Shaklee Get Clean Water Pitcher merupakan sistem penapis air jenis jag yang pertama yang menggunakan blok karbon yang boleh diisi semula. Penapis air Shaklee ini berupaya menapis sehingga 303 liter air iaitu lebih kurang 80 gelen air bagi setiap penapisan.

Kelebihan Penapis Air Shaklee Get Clean Water Pitcher

  1. Selamat: Menyingkirkan kandungan plumbum dan bendasing lain. Penapis air Shaklee Get Clean Water Pitcher berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar yang berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ianya juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association (WQA)) kerana penapis air ini berupaya mengurangkan plumbum dan bendasing lain.
  2. Pilihan Bijak dan menjimatkan kos: Ramai di antara kita yang membeli air minuman di dalam botol di pasaraya ataupun di mesin-mesin penapis air berbayar. Sedar tidak sedar banyak duit dihabiskan untuk membeli air minuman ini. Sedangkan dengan penapis air Shaklee Get Clean Water Pitcher banyak duit dapat dijimatkan. Hanya beberapa sen sahaja yang diperlukan untuk seliter air tapisan penapis air Shaklee Get Clean water pitcher. Air yang ditapis menggunakan penapis air Shaklee ini dapat memberikan air yang bersih dan rasa yang enak.
  3. Fungsi meter yang bijak. Mempunyai fungsi meter yang menunjukkan bilangan penapisan yang telah dijalankan oleh penapis tersebut. Selepas 80 penapisan, filter perlu ditukar.
  4. Pemasangan yang mudah dan ringkas. Tidak banyak alat gantian yang diperlukan
  5. Penyelenggaraan yang minimum. Tidak perlu penyelenggaraan dari juruteknik terlatih. Anda boleh lakukannya sendiri.
  6. Mudah alih. Ringan dan mudah dibawa kemana sahaja. Rekabentuk dan saiznya seperti jag air membuatkan penapis air ini mudah untuk di bawa kemana saja.
  7. Alat gantian yang murah dan berpatutan. Blok karbon yang digunakan untuk manapis air sangat murah dan berpatutan harganya. Dengan harga tak sampai RM60, blok karbon ini mampu menapis air sehingga 80 kali tapisan bersamaan lebih kurang 3-4 bulan untuk keluarga yang mempunyai 4-5 orang ahli. Jadi kos penapisan air untuk sebulan hanyalah RM 15 sahaja atau 50 sen sehari!

Inilah rupa Penapis Air Shaklee Get Clean Water Pitcher ni yang bentuknya seperti jag yang mudah untuk dibawa kemana-mana!

penapis air shaklee get clean water pitcher

Penapis Air Shaklee Get Clean Water Pitcher

Apakah kandungan yang ada dalam 1 set kit permulaan penapis air Shaklee Get Clean Water Pitcher ini.

  • Pitcher (Jag) x 1 unit
  • Housing kit (yang berwarna hijau dan putih) x 1 set
  • Blok karbon filter x 4 unit

4 blok karbon filter ini cukup untuk kegunaan setahun untuk keluarga yang mempunyai 4-5 orang ahli. Murah sangat-sangat tau.

Testimonial Pengguna Penapis Air Shaklee Get Clean Water Pitcher

Testimonial 1

testimonial penapis air get clean water pitcher

Testimonial 2 (Kredit: www.beingmary.com)

testimonial penapis air get clean water pitcher

Testimonial 3 (Kredit: sihatitunikmat.blogspot.com)

testimonial penapis air get clean water pitcher

Ketika awal-awal mula tahu tentang kewujudan penapis air Shaklee Get Clean Water pitcher ni, saya kagum sangat dengan rekabentuknya yang seperti jag yang mudah untuk di bawa kemana-mana. Bagi saya satu penciptaan yang menarik. Yang buart saya jatuh cinta sangat dengan penapis air ini adalah pemasangannya begitu mudah dan penelenggaraan sangat minimum. Tak payah nak mengharapkan tecnician atau husband untuk pasang atau tukarkan filternya. Saya boleh buat sendiri semua.

Bagi sesiapa yang masih belum mempunyai penapis air di rumah, saya sangat-sangat menyarankan anda membeli penapis air di sini. Tak rugi pun beli. Kalau kita boleh beli macam-macam gadget seperti smartphone, tablet, laptop dan lain-lain lagi, kita patut beli juga penapis air ini untuk kesihatan keluarga kita. Saya dah beli satu untuk letak di pejabat supaya saya dan kawan-kawan lain tak perlu lagi bawa air bertapis dari rumah.

Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentan penapis air Shaklee Get Clean Water Pitcher ini? Anda boleh menghubungi saya dengan cara-cara berikut:

Suhaida Suaid

SMS/WhatsApp: 019-454 8200

Email: info.vitamin2u@gmail.com

PM di Facebook: www.facebook.com/messages/personamedina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge