Kepentingan Supplement Dalam Kehidupan Moden Masa Kini

Ramai yang beranggapan tak perlu mengambil supplement kerana makanan sehariannya lengkap dengan gizi seimbang. Tapi harus diingat. Walaupun pengambilan makanan seharian mengikut piramid makanan, adakah kita dapat memastikan nutiren yang terkandung di dalam makanan tersebut mencukupi dan dapat menampung keperluan badan?

Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan makanan yang paling mudah untuk kehilangan nutrien di dalamnya. Nutrien di dalam makanan boleh hilang melalui pelbagai cara.

Bagaimana nutrien boleh hilang di dalam makanan?

Proses masakan

Proses masakan dapat mengurangkan kandungan nutrien di dalam makanan. Vitamin dan mineral mudah musnah pada suhu dan tekanan tinggi. Kandungan nutrien dalam buah-buahan pula semakin berkurangan apabila dipetik dari pokok. Proses kehilangan nutrien akan terus berlaku semasa penyimpanan buah-buahan tersebut.

Stress

Stress dalam kehidupan Zaman sekarang memang tak dapat lari dari stress. Tambah-tambah lagi bagi yang bekerja kan. Kat pejabat stress dengan kerja pejabat, boss dan persekitaran sekeliling. Balik rumah pulak stress mengadap jammed. Ibu yang tidak bekerja pon tak dapat lari dari stress. Stress adalah antara punca yang mempercepatkan proses penuaan berlaku. Jadi dengan mengambil supplement, proses penuaan ini dapat dilambatkan. Ya… kita tidak boleh menghentikan proses penuaan. Tapi kita boleh melambatkan proses itu daripada berlaku.

Pencemaran persekitaran

Pencemaran ni memang tak boleh nak elak la. Dalam rumah pon kita guna pelbagai bahan kimia seperti pencuci lantai, pencuci pakaian dan aerosol. Keluar rumah lagi la banyak pencemaran tambah-tambah kalau duduk kat bandar besar atau kawasan perindustrian seperti asap kenderaan dan bahan-bahan pelepasan perindustiran. Pencemaran seperti ini meningkatkan terbentuknya radikal bebas yang mempercepatkan proses penuaan. Jadi supplement membantu melambatkan proses penuaan berlaku.

Gaya hidup

Gaya hidup yang sibuk menyebabkan kebanyakan orang memilih fast food Zaman sekarang semua orang sibuk kan. Kerja..kerja..kerja.. Ada setengah tu jarak pejabat dengan rumah jauh. Banyak masa habis kat jalan. Dah sampai rumah, nak masak pon tak sempat sebab semua orang dah lapar. Pilihan yang ada selalu adalah makan di luar. Kadang-kadang tu terlampau sibuk nak siapkan kerja nak keluar makan pun tak sempat. So, pesan je fast food. Keadaan sebegini lah menyebabkan pentingnya supplement. Supplement membantu menggantikan semula nutrien yang diperlukan oleh badan yang kita tak dapat dari makanan yang kita ambil sehari-sehari

Keadaan fizikal

Bagi ibu mengandung, menyusu dan ibu yang sedang berpantang memerlukan keperluan vitamin yang lebih tinggi berbanding wanita biasa. Supplement dapat membantu memulihkan tenaga dan penyembuhan luka bagi wanita yang baru lepas bersalin. Bagi wanita yang sedang berpantang pula, makanan yang boleh dimakan sangat terhad. Jadi, supplement penting untuk menyokong keperluan nutrien badan. Bagi ibu yang mengandung serta ibu yang menyusukan anak, supplement penting bagi menyokong kesihatan ibu dan bayi.

Jadi, nampak tak kepentingan supplement. Ramai yang beranggapan orang Malaysia ni dah cukup makan. Siang, malam, pagi dan petang asyik makan je kan. Jadi, tak perlu dah supplement. Tapi itu dari segi kuantiti. Tapi bagaimana pula dari segi kualitinya. Ada sesetengah orang mengeluh makan cukup, tidur cukup tapi masih keletihan dan mudah mengantuk. DI sinilah kepentingan supplement memainkan peranan.

Harus juga diingat, fungsi supplement itu sendiri. Supplement bukan makanan yang menggantikan makanan seharian kita. Tapi supplement berfungsi untuk melengkapkan pemakanan seharian kita.

supplement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge