Geran RM1000 SKMM Untuk Peniaga Online

Saya baru je tahu tentang geran RM1000 SKMM untuk peniaga online ni. Sedangkan program ni telah dilancarkan sejak 1 Januari 2013 lagi. Nampak sangat kan tak baca paper dan tak tengok tv. Hehee..

Bagi yang lain, yang juga baru tahu pasal hal ni, kalian masih tidak terlewat. Sebab tarikh tutup permohonan geran RM1000 SKMM untuk peniaga online ini akan ditutp pada 31 Disember 2013.

Geran RM1000 SKMM untuk peniaga online adalah program Get Malaysian Business Online (GMBO) yang merupakan  inisiatif kerajaan bagi membantu usahawan mikro terutama wanita untuk melonjakkn perniagaan dengan meningkatkan jualan secara online dengan geran sebanyak RM1000. Peruntukan untuk program GMBO ini adalah RM50 juta uollss!

Syarat-syarat Untuk Mendapatkan Geran RM1000 SKMM GMBO

  1. Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita;
  2. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
  3. Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif;
  4. Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M);
  5. Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan
  6. Keutamaan kepada usahawan mikro – jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.

Permohonan telah dibuka sejak 1 Januari 2013 sehingga 31 Disember 2013. Senang je nak apply geran ni. Geran ni boleh dipohon secara online DI SINI.

Permohonan biasanya diproses dalam masa 30 hari. Boleh check status permohonan DI SINI. Atau boleh call terus diorang guna nombor di bawah. Kalau permohonan ditolak pon contact juga tau tanya kenapa.

contact skmmSatu lagi yang perlu korang baca adalah Frequently Ask Question (FAQs) tentang Geran RM1000 SKMM tu DI SINI. Baca tau sebab banyak juga point penting yang korang perlu tahu.

Menurut Pegawai SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), antara punca permohonan tidak diproses adalah disebabkan pemohon tidak menjawab pangggilan telefon dari pihak SKMM. So, kalau ada call dari nombor yang tidak dikenali yang bermula dengan 038xxx xxxx jawab la juga ye. Mana tau pihak SKMM yang call.

Antara soalan menarik yang orang tanya:

1) Kalau tak de akaun bank atas nama syarikat boleh apply ke?

Ya.. Boleh je apply. Sebab syaratya akaun bank tempatan atas nama usahawan/ perniagaan/ syarikat yang digunakan untuk perniagaan.

2) Boleh ke kalau staf kerajaan apply geran ni?

Boleh. Asalkan memenuhi syarat-syarat di atas.

Jadi, jangan tunggu lagi. Cepat-cepat mohon. Sebab menurut Pegawai SKMM sehingga 18 November 2013, baru RM5 juta permohonan diluluskan. Maksudnya ada lagi RM45 juta tau geran tersebut yang masih belum diluluskan. Jadi, peluang untuk dapat sangat cerah. Sempat lagi ni kan. Yang belum daftarkan perniagaan boleh terus daftarkan perniagaan dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) atau daftar secara online DI SINI. Yang belom ada domain .my boleh beli dan apply DI SINI. Mudah kan? Nak dengan tak nak buat je.

geran rm1000 gmbo<<Laman web rasmi Geran RM1000 GMBO KLIK SINI>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge