Cara Kira Waktu Subur

Mengetahui waktu subur adalah penting untuk meningkatkan kebarangkalian untuk hamil. Namun begitu ramai wanita yang masih belum mengetahui cara pengiraan waktu subur mereka. Jadi, bagaiamanakah cara kira waktu subur?

Terdapat banyak cara untuk mengetahui waktu subur. Cara paling senang adalah menggunakan aplikasi kalkulator ovulasi yang banyak terdapat di internet.

Cara Kira Waktu Subur

1) Aplikasi kalkulator ovulasi

Cara kira waktu subur menggunakan aplikasi kalkulator ovulasi adalah cara yang paling senang namun begitu hanya sesuai untuk mereka yang mempunya kitaran haid yang normal. Apabila kitaran haid tidak tetap setiap bulan, penggunaan aplikasi kalkulator ovulasi ini adalah kurang tepat. Namun begitu masih boleh digunakan untuk meramalkan waktu subur.

Apabila kita ingin mengira waktu subur, penting untuk kita mengetahui kitaran haid kita.

Cara kira kitaran haid

Kitaran haid dikira bermula pada hari pertama haid sehingga hari sebelum haid berikutnya. Contohnya, haid bulan September adalah pada 10 haribulan September 2013 dan haid berikutnya jatuh pada 8 Oktober 2013. Jadi kira bilangan hari bermula 10 September 2013 sehingga 7 Oktober 2013 (8 Oktober adalah kitaran haid berikutnya) Bilangan hari dari 10 September hingga 7 Oktober adalah 28 hari. Jadi masukkan maklumat ini di dalam kalkulator ovulasi tersebut

Kalkulator 1: Kalkulator Ovulasi Babycenter.com

Kalkulator 2: Kalkulator Ovulasi Webmd.com

Kalkulator ovulasi webmd.com memerlukan sekurang-kurangnya 3 bulan kitaran haid. Contohnya sekarang adalah bulan November 2013. Maka kitaran haid yang diperlukan adalah kitaran haid pada bulan Ogos, September dan Oktober.

2) Cara Penggunaan Kalendar

Satu lagi cara kira waktu subur yang boleh dibuat adalah dengan menggunakan kalendar. Beli satu kalender dan mula catatkan hari pertama haid setiap bulan. Kemudian, kira kitaran haid setiap bulan. Cara kira kitaran haid sama seperti tadi. Iaitu bermula hari pertama haid sehinggalah hari sebelum haid berikutnya. Rekodkan kitaran haid ini sehingga 8-12 kitaran haid. Lagi banyak kitaran haid yang direkod lebih tepat cara kira waktu subur ini.

kalender waktu subur

Gambar 1: Beli satu kalender dan mula tandakan kitaran haid anda

jadual kitaran haid

Gambar 2: Buat satu jadual kitaran haid anda

Sekarang, kita sudah boleh meramalkan waktu subur menggunakan jadual di atas.

Cara kira hari pertama waktu subur.

Ambil kitaran haid yang paling pendek dalam jadual kitaran haid di atas. Dalam jadual di atas, kitaran haid yang paling pendek adalah 27 hari. Jadi:

27 – 18 = 9

Ambil hari pertama haid pada bulan 10. Dalam jadual, hari pertama haid pada bulan 10 adalah pada 6 Oktober. 6 Oktober tambah dengan 9 (27 – 18 = 9). Apabila 6 oktober tambah 9 maka jawapannya adalah 14 Oktober. Jadi, 14 Oktober adalah hari pertama dalam waktu subur pada bulan tersebut. Dah dapat hari pertama waktu subur jadi kita nak tau pulak hari terakhir waktu subur.

Cara kira hari terakhir waktu subur.

Ambil kitaran haid yang paling panjang dalam jadual kitaran haid dalam gambar 2. Berdasarkan gambar 2, kitaran haid yang paling panjang adalah 36 hari. Jadi,

36 – 11 = 25

Kemudian ambil hari pertama haid pada bulan 10 tadi iaitu 6 oktober, dan tambahkan dengan 25 (36 – 11 = 25) maka jawanpannya adalah 30 oktober. Jadi hari terakhir waktu subur adalah pada 30 Oktober.

Berdasarkan pengiraan di atas, waktu subur adalah bermula 14 Oktober sehingga 30 Oktober. Kerapkan bersama suami pada waktu subur ini untuk meningkatkan kebarangkalian untuk mengandung.

Selain daripada cara pengiraan tarikh kitaran haod seperti di atas, cara lain yg boleh digunakan untuk meramalkan waktu subur adalah dengan:

1) Melihat kepekatan cecair yang keluar dari kemaluan

2) Mengukur suhu badan

3) Menggunakan kit ovulasi (seperti kit untuk ujian kehamilan)

Kit Ovulasi

Kit Ovulasi seperti ini boleh di beli di mana-mana kedai farmasi

Sekiranya anda tidak pasti dan tidak faham cara untuk mengira waktu subur, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi membincangkan tentang hal ini. Waktu subur sangat penting untuk diketahui supaya anda mudah untuk hamil.

Di samping itu, selain daripada menjaga pemakanan, anda juga disarankan untuk mengambil supplement kesihatan. Saya sangat-sangat menyarankan anda mengamalkan Set Kesuburan Shaklee. Set kesuburan Shaklee ini sesuai untuk wanita dan lelaki. Fakta yang perlu anda tahu tentang vitamin untuk kesuburan.

Baca TIPS INI untuk meningkat kesuburan wanita. 

Rahsia kesuburan lelaki boleh dibaca DI SINI.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge