Keputihan Semasa Mengandung: Bahaya Ke Tak?

Masalah keputihan semasa mengandung adalah antara masalah yang kerap berlaku di kalangan wanita ketika hamil. Risau kan bila hal ini terjadi. Dah la tak selesa.

Faraj wanita sentiasa mengeluarkan lendiran sehinggalah menopaus. Kuantiti lendiran yang dikeluarkan di faraj sentiasa berubah mengikut keadaan seperti ketika hampir datang haid, ketika stress atau semasa mengandung. Masalah keputihan semasa mengandung adalah normal sekiranya lendiran yang keluar adalah jernih, atau putih tapi tidak berbau. Jadi, masalah keputihan semasa mengandung adalah normal. Namun begitu kita perlu berhati-hati dan sentiasa memantau masalah tersebut.

Keputihan berlaku semasa mengandung disebabkan bahagian serviks wanita iaitu bahagian bukaan pada faraj dan dinding faraj menjadi semakin lembut. keputihan atau lendiran yang keluar itu membantu mencegah jangkitan. Sekiranya jangkitan berlaku di faraj, lendiran ini dapat membantu daripada jangkitan merebak sehigga ke uterus.

Keputihan semasa mengandung yang bahaya

Sekiranya keputihan semasa mengandung tersebut mempunyai tanda-tanda berlaku jangkitan, terus berjumpa doktor. Jangan bertangguh tau. Antara tanda-tanda tersebut adalah:

  • sakit semasa buang air kecil
  • gatal-gatal pada faraj
  • rasa sakit atau pedih pada faraj
  • lendiran yang berbau
  • lendiran berwarna kuning atau kehijauan

Apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku keputihan semasa mengandung?

  1. Sekiranya lendiran yang keluar bukan disebabkan jangkitan, tiada apa yang boleh dilakukan untuk menghentikan lendiran tersebut. Tapi boleh pakai pantyliner untuk meningkatkan kebersihan kawasan faraj.
  2. Jangan guna tampon semasa mengandung.
  3. Pakai panties jenis cotton.
  4. Elakkan memakai seluar yang ketat dan kain jenis nylon.
  5. Elakkan menggunakan sabun dan cecair pencuci faraj yang mempunyai pewangi untuk mencuci faraj.
  6. Jangan melakukan ‘douching’ semasa mengandung. Douching hanya akan meningkatkan risiko untuk berlaku jangkitan pada faraj.

Jadi, kesimpulannya di sini, keputihan semasa mengandung adalah normal sebenarnya. Jadi tak payah risau-risau. Melainkan ada tanda-tanda jangkita seperti yang dah dianyatakan di atas.

——————————————–

Suhaida Suaid

Founder: http://vitamin2u.net

Founder: www.akumama.com

SMS/WhatsApp: 019-4548200

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge