Kelebihan Strategi Bisnes Shaklee Malaysia Yang Best Sangat

Sebelum terlibat dengan bisnes Shaklee, saya pernah menjalankan bisnes fotografi bersama suami dan bisnes barang baby. Saya pernah kongsikan pengalaman tersebut di personal blog saya DI SINI. Bila terlibat dengan bisnes Shaklee Malaysia, ternyata saya jatuh hati sangat dengan kelebihan bisnes Shaklee ni.

Tau tak kat Malaysia ni cuma ada 6 sahaja cawangan atau branch Shaklee dan satu HQ Shaklee. Ya.. jumlah kesemuanya 7 sahaja pejabat Shaklee di Malaysia. Sikit sangat kan. Ramai yang cakap susah sangat nak dapatkan produk Shaklee sebab cawangan sikit sangat kat Malaysia ni. Tapi kekurangan ini adalah satu kelebihan buat pengedar Shaklee di seluruh Malaysia. Bila cawangan Shaklee kurang, orang ramai akan cari pengedar Shaklee untuk mendapatkan produk Shaklee. Hal ini menguntungkan pengedar. Secara tidak langsung Shaklee membantu pengedar untuk melebarkan networking dan menambahkan jualan.

Satu lagi yang saya suka dengan bisnes Shaklee Malaysia ni, Shaklee tidak mengiklankan produk mereka di mana-mana sama ada di tv, radio, surat khabar, papan iklan dan duta produk. Ya.. ianya menguntungkan pihak Shaklee sebab dapat menjimatkan kos pengiklanan. Tapi ianya adalah kelebihan kepada pengedar untuk buat marketing masing-masing dengan cara tersendiri. Jadi, pengedar yang hebat, yang berusaha lebih dan kreatif tentu mendapat tempat di dalam pemasaran,

Saya juga sangat jatuh hati dengan peluang di dalam bisnes Shaklee Malaysia sendiri. Walaupun sesorang itu baru join untuk menjalankan bisnes Shaklee, tapi peluang untuk berjaya dan berkembang adalah sama rata dengan orang yang join lebih lama. Kita berpeluang untuk lebih berjaya dan mendapat bonus yang lebih banyak berbanding upline sekiranya kita serius dan bersungguh-sungguh di dalam bisnes Shaklee Malaysia ini. Jadi peluang semua orang adalah sama rata. Memang terdapat kes di mana downline mendapat bonus yang lebih banyak berbanding uplinenya. Kenapa hal ini berlaku? Hal ini kerana di dalam bisnes Shaklee Malaysia, perkara paling penting dan utama adalah penjualan produk. Jadi lagi banyak produk yang kita jual lagi banyaklah bonus kita. Shaklee bukanlah berdasarkan head hunting. Saya suka ciri ni sangat-sangat. Stress tau kalau asyik nak fikir kena cari downline. Dengan Shaklee tak payah nak fikir pasal nak cari downline. Orang yang akan datang sendiri serah diri nak jadi ahli dengan kita. Cool sangat kan.

Haaa… baru sikit tu kelebihan bisnes Shaklee Malaysia yang saya kongsikan. Ada lagi ni. Saya akan sambung dalam entry yang lain pula ye. Panjang-panjang nanti tak larat nak baca pulak kan.

Kalau berminat nak tau dengan lebih mendalam tentang bisnes Shaklee di Malaysia ni, boleh hubungi saya. Mesti banyak je kan nak tanya pasal bisnes Shaklee ni. Tanya je apa-apa, insyaAllah.. saya akan jawab. Hubungi nombor di bawah ya.

peluang bisnes shaklee di malaysia

———————————————

Suhaida Su’aid

Founder http://vitamin2u.net

Founder THE FABULOUS secret group

Founder Persona Medina

Call/SMS/WhatsApp: 019-4548200

Email: personaglitters@gmail.com

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge