Fakta Menarik Tentang Liechtenstein Yang Anda Perlu Tahu

Liechtenstein adalah sebuah negara yang terletak di benua Eropah.  Cara sebutannya lih-ten-stain. Gitu.. Hahaa.. Tak boleh nak imagine Liechtenstein terletak di mana? Haaa.. tengok peta bawah ni.

Dah boleh imagine kan location Liechtenstein

Fakta menarik tentang Liechtenstein

  1. Liechtenstein adalah antara negara terkecil di dunia! Hanya 160km persegi. Iyer.. lagi kecik dari Pulau Langkawi 478.5 km persegi.
  2. Kadar jenayah di Liechtenstein sangat rendah. Kes bunuh yang terakhir direkodkan berlaku pada tahun 1997. Pesalah jenayah yang perlu menjalani hukuman penjara lebih dari 2 tahun akan dipenjarakan di penjara Austria.
  3. Kadar jenayah yang rendah menyebabkan ada rakyatnya tak kunci pintu rumah pun!
  4. Juga tergolong di dalam landlocked country. Landlocked country maksudnya negara tu tak de laut. Nak jadikan lagi amzing. Negara disebelahnya iaitu Austria dan Switzerland juga adalah landlocked country. Hal ini menjadikan Liechtenstein sebagai double landlocked country!
  5. Semasa Hari Kebangsaan Liechtenstein, istana dibuka untuk semua rakyat masuk menyambut hari tersebut yang jatuh pada 15 Ogos setiap tahun.
  6. Bahasa kebangsaan diorang adalah bahasa German. Namun begitu, kebanyakan rakyatnya tidak menggunakan bahasa standard German tetapi menggunakan dialek Alemannic, sejenis dialek yang mirip kepada Swiss Standard German.
  7. Pengeluar gigi palsu terbesar di dunia.
  8. Antara negara yang terkaya di dunia dengan kadar pengangguran hanya 1.5%.
  9. Satu-satunya negara yang boleh disewa pada kadar $70ribu untuk satu malam. Skim ini ditawarkan pada tahun 2011. Di mana tawaran yang diberikan di dalam skim tersebut termasuklah penginapan untuk 150 orang tetamu, dibenarkan untuk mempunyai matawang sendiri, dibenarkan untuk membuat papan tanda jalan sendiri dan minum-minum bersama Prince Hans-Adam II.
  10. Punya la kecik Liechtenstein ni sampaikan 170 askar Swiss tak perasan dah ter’cross’ border Liechtenstein semasa training. Yang bestnya, Liechtenstein sendiri tak tau hal ni sampai Swiss hantar surat rasmi memohon maaf.
Sambutan Hari Kebangsaan Liechtenstein di mana istana dibuka kepada orang ramai.

Menarik kan negara ni. Bak kata sorang blogger, negara yang kecil tetapi besar keistiewaanya. Semoga Sue sampai ke sana satu hari nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge