Vitamin Untuk Hamil

Pada masa kini, masalah sukar untuk hamil semakin kerap didengari. Pelbagai punca yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk hamil. Terdapat pelbagai cara dan ikhtiar untuk hamil. Mengamalkan vitamin untuk hamil adalah salah satu cara dan ikhtiar yang popular pada masa kini. Makin ramai orang semakin sedar akan kesan mikronutrien seperti vitamin dan mineral dalam membantu dalam kehamilan.

Vitamin Yang Penting Untuk Hamil

Vitamin E

Vitamin E adalah vitamin untuk hamil yang penting. Kajian menunjukkan vitamin E membantu dalam kesihatan dan pergerakan sperma. Vitamin E juga antioksidan yang penting yang membantu melindungi DNA sperma dan telur wanita.

Zinc

Dalam badan wanita, zinc bertindak bersama lebih dari 300 enzim lain di daam badan untuk tindakan yang lebih sempurna. Tanpa zinc, hormon estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang sekaligus mengganggu fungsi sistem pembiakan dan peranakan. Menurut ‘The Centers for Disease Control’s Assisted Reproductive Technology Report’ kekurangan zinc menyebabkan keguguran pada peringkat awal kehamilan.

Manakala untuk lelaki, zinc adalah elemen yang sangat penting yang memainkan peranan dalam kesuburan lelaki. Kajian menunjukkan zinc dapat meningkatkan kualiti dan fungsi sperma. Zinc juga membantu dalam pergerakan sperma. Sperma yang aktif meningkatkan kebarangkalian untuk hamil.

Folic Acid

Folic acid adalah vitamin untuk hamil yang paling penting. Folic acid membantu mencegah kecacatan tiub neural, masalah jantung kongenital, sumbing, kecacatan anggota bayi dan kecacatan saluran kencing bayi. Kekurangan folic acid meningkatkan risiko kelahiran bayi pramatang, berat bayi yang rendah dan kecacatan perkembangan bayi. Kekurangan folic acid juga boleh menyebabkan keguguran dan komplikasi kehamilan yang lain sepert darah tinggi dan kerosakan pada plasenta. Betapa pentingnya folic acid walaupun vitaminnya kecil sahaja.

Vitamin B6

Vitamin B6 sangat penting untuk mengawal keseimbangan hormon. Vitamin B6 juga mengawal gula dalam darah dan juga membantu dlam mengawal simptom ‘morning sickness’.

Vitamin B12

Vitamin B12 dapat memperbaiki kualiti dan pembentukan sperma. Vitamin B12 juga dapat meningkatkan kesuburan telur wanita dan mengurangkan risiko keguguran. Satu kajian menunjukkan kekurangan Vitamin B12 meningkatkan risiko ketidakseimbangan ovulasi dan lebih teruk lagi terdapat sesetengah kes di mana ovulasi berhenti berlaku.

Omega 3

Omega 3 membantu meningkatkan kesuburan dengan membantu badan mengawalatur hormon, meningkatkan mukus pada serviks, meningkatkan ovulasi dan memperbaiki kualiti uterus/rahim dengan meningkatkan aliran darah ke organ pembiakan.

Selenium

Selenium adalah salah satu vitamin untuk hamil yang penting. Selenium adalah antioksida yang membantu melindungi telur dan sperma daripada radikal bebas. Radikal bebas boleh menyebabkan kerosakan DNA yang akhirnya menyebabkan keguguran dan kecacatan bayi. Selenium penting untuk pembentukan sperma. Dalam satu kajian yang dijalankan, lelaki yang mempunyai bilangan sperma yang kurang didapati paras seleniumnya juga rendah.

vitamin untuk hamil

Wahh… banyaknya vitamin untuk hamil. Nak makan yang mana satu ni? Takkan nak makan semua kot? Hubungi saya untuk penerangan yang lebih lanjut vitamin untuk hamil yang mana yang sesuai untuk anda. Setiap orang mempunyai masalah yang berbeza. Setiap orang mempunyai masalah sukar hamil dengan punca dan faktor yang berbeza-beza. Pemilihan vitamin yang sesuai adalah penting bagi memastikan keberkesannya. Oleh itu pemilihan vitamin untuk hamil adalah bergantung kepada individu tersebut.

Saya boleh dihubungi dengan beberapa cara di bawah:

SMS/WhatsApp: 019-454 8200

Email: info.vitamin2u@gmail.com

Facebook Fanpage: Persona Medina

 

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge