Kandungan Protein Dalam Makanan

Seperti yang kita ketahui antara makanan yang mengandungi tinggi protein adalah daging. Namun begitu berapa gram kah kandungan protein di dalam makanan yang kita ambil sehari-hari?

Penting untuk kita mengetahui kandungan protein dalam makanan supaya kita dapat memastikan kita mendapat keperluan protein yang cukup daripada makanan yang diambil seharian. Hal ini kerana protein adalah elemen yang memainkan peranan penting dalam badan. Protein penting untuk pembinaan sel baru. Hampir kesemu organ dan sel badan adalah terdiri daripada komponen protein. Kekurangan protein menyebabkan sel-sel baru tidak dapat dibina bagi menggantikan sel-sel lama dan sel-sel yang rosak. Saya pernah menceritakan tentang keperluan protein mengikut umur DI SINI.

Yaa.. Keperluan protein setiap orang adalah berbeza dan ianya mengikut umur, jantina dan berat badan serta keadaan individu tersebut. Keadaan ini seperti ibu mengandung dan menyusu memerlukan kandungan protein yang lebih tinggi berbanding wanita yang tidak mengandung dan menyusu. Manakala seorang lelaki dewasa biasa kurang keperluan proteinnya berbanding seorang atlet lelaki. Klik SINI untuk mengetahui keperluan protein setiap individu.

Kebiasaannya sumber protein rakyat Malaysia adalah ayam, daging, ikan dan telur. Jadual di bawah menunjukkan kandungan protein yang terdapat di dalam makanan kita sehari-hari. Saya hanya senaraikan makanan yang biasanya diambil oleh kebanyakan orang.

Makanan

Kandungan protein (gram)

Dada ayam

30 gram

Peha ayam

11 gram

Kepak ayam

6 gram

Daging (100 gram)

24.5 gram

Steak

42 gram

Ikan kembung

20 gram

Ikan tuna

40 gram

Telur Gred A

6 gram

Susu (secawan)

8 gram

Yogurt (secawan)

8-12 gram

Tofu (setengah cawan)

20 gram

Susu soya (secawan)

6-10 gram

Cuba anda kira pengambilan protein anda setiap hari melalui makanan yang anda ambil. Adakah ianya mencukupi keperluan harian badan anda?

kandungan protein dalam makanan

Bagi individu yang mempunyai alahan terhadap makanan seperti ayam, daging, telur atau ikan, saya sangat-sangat menyarankan anda untuk mengambil ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee. ESP adalah susu soya yang mempunyai kandungan protein yang tinggi. KLIK SINI untuk mengetahui kelebihan ESP Shaklee. Pengambilan ESP Shaklee setiap hari dapat membantu menyokong keperluan protein sehari.

Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang ESP Shaklee? Bleh menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah. Boleh nego untuk dapatkan harga terbaik tau. So, contact saya sekarang!

SMS/WhatsApp: 019-454 8200

Email: personaglitters@gmail.com

Facebook Fanpage: Persona Medina

Facebook saya: Suhaida (boleh chatting untuk tanya apa-apa soalan tentang supplement)

*Pengedar Shaklee kawasan Perlis dan Kedah terutamanya Changlun. Juga menerima COD di UNIMAP Pauh Perlis, Simpang Empat Perlis dan Arau Perlis. Juga menerima pesanan dari seluruh Malaysia-penghantaran melalui Poslaju.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge