Vitamin Untuk Tingkatkan Selera Makan Kanak-kanak

Berdepan dengan anak yang kurang selera makan dan ditambah pulak dengan cerewet memang memeningkan kepala seorang ibu. Lagi pulak kalau anak tersebut kurang berat badan. Asal bawak pegi klinik je nurse mesti bising-bising kenapa berat badan anak kurang. Mesti ada antara readers kat sini yang pernah mengalami situasi seperti ini kan?

Salah satu langkah yang dipilih tentu sekali memberikan anak-anak vitamin untuk tingkatkan selera makan. Kalau nak beli vitamin, jangan main beli je yer. Kenal pasti dulu vitamin apa yang boleh tingkatkan selera makan anak-anak. Asal nama vitamin je, tak semestinya vitamin tu dapat tingkatkan selera anak. Antara vitamin yang dapat tingkatkan selera anak adalah Vitamin B12, Zinc dan Vitamin D.

Vitamin B12

Vitamin B12 juga dikenali sebagai cobalamin. Vitamin B12 perlu untuk badan menukarkan makanan kepada tenaga. Selain itu, Vitamin B12 juga penting untuk proses metabolisme lemak dan protein dan juga untuk memelihara kesihatan hati, rambut, mata dan kulit. Menurut Journal of Inherited Metabolic Disease, didapati kanak-kanak yang kekurangan vitamin B12, selera makan kanak-kanak tersebut meningkat selepas kanak-kanak tersebut diberikan Vitamin B12. Sumber makanan yang kaya dengan Vitamin B12 termasuklah telur. daging, ikan dan produk tenusu.

Zinc

Tanda utama kekurangan zinc adalah kurang selera makan. Kekurangan zinc di kalangan kanak-kanak boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut, kekurangan deria rasa dan bau, masalah kulit dan luka lambat sembuh. Selain itu, Zinc juga berfungsi untuk menseimbangkan pH badan serta pencernaan protein dan karbohidrat. Zinc juga penting untuk pembinaan struktur sel badan. Antara sumber makanan yang kaya dengan zinc adalah daging, ayam dan kacang hijau.

Vitamin D

Vitamin D adalah salah satu vitamin yang juga dapat tingkatkan selera makan kanak-kanak. Vitamin D membantu penyerapan zinc, fosforus, zat besi dan magnesium serta kalsium. Bayangkan kalau kekurangan Vitamin D, banyak vitamin tidak dapat diserap oleh badan. Sebab tu la kadang-kadang akan rasa cepat letih dan kurang selera makan. Kekurangan Vitamin D dapat dilihat pada kanak-kanak yang mempunyai masalah lactose intolerant. Susu yang diperkaya adalah sumber makanan yang kaya dengan vitamin D. Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah lactose intolerant, Vitamin D boleh didapati dari sumber cahaya matahari dan mengambil supplement Vitamin D. Makanan yang kaya dengan vitamin D adalah seperti ikan, telur dan jus oren. Vitamin D juga memainkan peranan dalam mengawal atur fungsi buah pinggang dan penjagaan kekuatan tulang.

Antara makanan tambahan yang mempunyai ketiaga-tiga vitamin di atas adalah Mealshakes. Ya.. Mealshakes Shaklee. Rasanya yang sedap sangat. Berperisa vanilla. Macam makan aiskrim vanilla.

Sekiranya berminat, boleh hubungi saya.

PM: http://www.facebook.com/messages/personamedina
Blog: http://vitamin2u.net/
Email: personaglitters@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 019-4548200

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge