Vitamin Untuk Anak Yang Kurus

Anak yang kurus dan berat badan kurang nampak tak comel je kan. Yer la. Budak kecik yang montel dan tembam selalu nampak cute je. Rasa nak cium-cium je. Nak cubit-cubit jek pipi budak tembam kan. Tapi itu semua hal luaran je. Berat badan adalah antara aspek yang dipantau untuk melihat perkembangan mereka. Pertambahan berat badan yang sesuai dapat meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan anak-anak. Anak yang kurus dan kurang berat badan boleh menyebabkan pertumbuhan tulang yang terbantut, perkembangan yang lambat dan otot yang tidak kuat.

Selain daripada makronutrien seperti karbohidrat, protein dan lemak, mikronutrien seperti vitamin juga penting untuk anak yang kurus bagi membantu mereka untuk membesar dan berkembang sekaligus menambahkan berat badan anak yang kurus. Vitamin untuk anak yang kurus yang doleh membantu untuk meningkatkan berat badan anak adalah seperti Vitamin B12, Thiamine dan Riboflavin.

Vitamin B12

Vitamin B12 membantu penghadaman makanan. Sekaligus membantu badan kanak-kanak untuk menyerap kalori, lemak dan protein yang diperlukan untuk meningkatkan berat badan mereka. Vitamin B12 juga membantu dalam pembentukan zat besi yang dapat menghalang berlakunya anemia di kalangan kanak-kanak. Vitamin B12 boleh didapati daripada sumber makanan seperti ikan, daging, telur dan produk tenusu. Jadi berikan makanan yang mengandungi vitamin B12 untuk anak yang kurus.

Thiamine
Thiamine juga dikenali sebagai Vitamin B1. Vitamin B1 merangsang penghasilan hudrochloric acid dalam sistem penghadaman. Ini akan merangsang penyerapan nutrien dari makanan yang dimakan sekaligus dapat meningkatkan berat badan. Thiamine juga membantu penghasilan tenaga. Antara makanan yang kaya dengan thiamine adalah kuning telur, alfalfa, roti bijirin penuh, pasta dan produk soya. Jadi jangan lupa tau untuk memasukkkan sumber makanan yang kaya dengan thiamine dalam diet seharian anak yang kurus ini.
Riboflavin
Menurut University of Maryland Medical Center seperti juga Vitamin B, riboflavin membantu badan menukarkan karbohidrat kepada tenaga untuk pembinaan sel-sel badan yang sihat. Riboflavin juga membantu metabolisme lemak dan protein untuk peningkatan berat badan. Kekurangan riboflavin akan melambatkan pertumbuhan fizikal anak-anak. Riboflavin boleh didapati di dalam bayam, kale, cendawan, brokoli, asparagus, avocado dan walnut. Patutla anak-anak yang tak suka makan sayur tak berapa sihat kan.
Jadi, kalau nak cari supplement untuk anak-anak yang mempunyai masalah berat badan kurang ni pastikan supplement tersebut mempunyai ketiga-tiga vitamin yang disebutkan di atas.
anak kurus
Salah satu makanan tambahan yang mempunyai ketiga-tiga vitamin di atas adalah Mealshakes Shaklee.
Mealshake ShakleeSekiranya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Mealshake, jangan malu-malu nak pm saya yer. Boleh menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah.
SMS/WhatsApp: 019-454 8200
Email: personaglitters@gmail.com
Facebook Fanpage: Persona Medina
Facebook profile: Suhaida (boleh chatting online dengan saya. Jadi boleh je tanya apa-apa soalan tentang produk)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge