Menangani Anak Cerewet Makan

Pening kepala kan jika anak-anak cerewet makan. Itu tak mahu. Yang ni tak nak. Frust je mak-mak kalau masak penat-penat lepas tu anak tak nak makan pulak. Tak pe. Jangan stress. Menangani anak-anak yang cerewet makan ni perlukan kesabaran yang tinggi. Kat sini saya kongsikan beberapa cara yang boleh dipraktikkan ibu-ibu bagi menangani

1) Sediakan sajian yang comel-comel yang kita sendiri pun rasa sayang nak makan. Sediakan sajian comel yang mudah dan ringkas pun dah mencukupi. Tak perlu yang complicated. Sajian comel akan buat anak-anak excited nak makan. Lagi pulak kalau kita siap buat plot cerita sambil makan sajian comel tu. Sedikit idea yang boleh kita buat.

roti untuk anak cerewet makan

Roti pelbagai bentuk

nugget untuk anak cerewet makan

Nugget bentuk ikan

2) Pelbagaikan menu untuk anak-anak. Kita yang dewasa pun mudah terasa jemu kalau dok ngadap makanan yang sama je kan. Begitu juga anak-anak. Jadi kenalah selalu tukar-tukar menu. Step ni sangat mencabar bagi mak-mak kan. Hehee.. Tak pe. Dengan adanya Mr Google. Semua benda jadi senang.

3) Menggunakan sajian berbeza tapi pendekatan yang sama. Contohnya, anak saya suka sangat ayam masak kicap. Pada dasarnya anak saya memang sukakan ayam. Tapi yang saya perasan, banyak-banyak masakan ayam dia paling suka ayam masak kicap. Jadi nak galakkan dia makan ikan juga saya akan masak ikan masak kicap pulak.

4) Menyediakan makanan yang berasingan untuk anak yang cerewet hanya akan menyebabkan anak menjadi lebih memilih dan cerewet. Apa yang perlu kita buat adalah dengan melatih anak-anak untuk makan makanan yang disediakan bersama-sama. Mungkin anak-anak yang cerewet ini takkan makan makanan yang dihidangkan. Teruskan saja menghidang makanan tersebut dan makanlah bersama ahli keluarga yang lain. Lama-kelamaan anak-anak ini akan join makan sama-sama.

5) Anak-anak yang cerewet akan mengalami masalah kekurangan nutrient-nutrient penting. Jadi anak-anak seperti ini dinasihatkan untuk diberikan makanan tambahan bagi menggantikan nutrient yang tidak mencukupi tu.Tapi, masalahnya ada ke supplement untuk kanak-kanak? Jawapannya ada! Antara supplement yang sesuai dan biasa diberikan adalah sirap multivitamin. Ada juga yang memberikan Vitamin C. Namun begitu anda juga boleh mencuba memberikan Mealshake keluaran Shaklee.

Mealshake diperkayakan dengan 19 jenis vitamin dan mineral bagi menyokong dan memelihara kesihatan badan. Mealshake bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah ianya juga sesuai untuk diamalkan oleh orang dewasa yang tak suka telan vitamin banyak-banyak. Mealshake ini berperisa vanilla yang sangat sedap. Saya jamin. Sekali cuba pasti nak lagi.

Mealshake Shaklee

Mealshake Shaklee

Sekiranya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Mealshake, jangan malu-malu nak pm saya yer. Boleh menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah.

SMS/WhatsApp: 019-454 8200

Email: personaglitters@gmail.com

Facebook Fanpage: Persona Medina

Facebook profile: Suhaida (boleh chatting online dengan saya. Jadi boleh je tanya apa-apa soalan tentang produk)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge