Langkah-langkah Pencegahan Kanser Payudara

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita Angelina Jolie yang menjalani mastektomi iaitu pembedahan membuang kedua-dua payudaranya  yang sihat untuk mencegah kanser. Membuang payudara yang sihat dilihat sebagai langkah yang berani dan drastik. Sebenarnya terdapat langkah lain lagi yang disarankan oleh pakar kesihatan bagi mencegah kanser payudara daripada berlaku. Pencegahan kanser payudara bermula dengan tabiat penjagaan kesihatan yang baik. Di bawah saya ingin kongsikan dengan readers sekalian langkah-langkah pencegahan kanser payudara.

1) Melakukan pemeriksaan sendiri payudara

2) Melakukan ujian breast screening seperti mamogram

(Kedua-dua langkah 1 dan 2 dapat mengesan kanser payudara dengan lebih awal jadi kebarangkalian untuk menyelamatkan payudara daripada dibuang adalah tinggi!)

3) Mengamalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat seperti meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran

4) Mengawal berat badan. Berat badan berlebihan atau obesiti dapat meningkatkan risiko untuk mendapat kanser payudara terutamanya jika peningkatan berat bedan berlaku selepas menopause

5) Menyusukan anak. Penyusuan juga memainkan peranan penting dalam mencegah kanser payudara. Kesan perlindungan daripada kanser payudara meningkat dengan tempoh penysuan. Lagi lama menyusukan anak, lebih terlindung dari risiko mendapat kanser payudara. Tersenyum lebar ibu-ibu yang menyusukan anak yer.

6) Elakkan terdedah kepada persekiran yang tercemar dan beradiasi. Bahan kimia, asap kenderaan serta radiasi dari peralatan imbasan perubatan dapat meningkatkan risiko mendapat kanser payudara.

7) Berhenti merokok. Rokok ni punca macam-macam penyakit!

Kesemua langkah di atas adalah ikhtiar kita bagi mencegah berlakunya kanser payudara. Selebihnya jangan lupa untuk berdoa dan bertawakkal kepadaNYA. Harus diingat. Kanser payudara bukan hanya berlaku di kalangan wanita sahaja yer. Lelaki juga boleh dapat kanser payudara tau.

kanser payudara

Sumber: http://www.mayoclinic.com

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge