Angelina Jolie Membuang Kedua-dua Payudara

Kisah yang cukup hangat minggu ni apabila Angelina Jolie mendedahkan bahawa dia telah membuang kedua-dua payudaranya bagi mengelakkan kanser. Angelina mengambil keputusan tersebut setelah doktor mengesahkan dia membawa gen BRCA1 yang menigkatkan risiko untuk mendapat kanser payudara dan kanser ovari. Bagi saya ia adalah keputusan yang sangat besar dan berani. Salute!

angelina jolie dan brad pitt

Doktor Angelina menganggarkan Angelina mempunyai risiko 87% untuk mendapat kanser payudara dan 50% kanser ovari disebabkan Angelina mempunyai gen BRCA1. Jadi Angelina mengambil langkah proaktif dengan membuat keputusan untuk menjalani mastektomi (pembedahan membuang payudara). Pembuangan kedua-dua payudara tersebut menjadikan risiko Angelina untuk mendapat kanser payudara menjadi 5% sahaja.

Persoalannya perlukah langkah pencegahan seperti ini? Dalam kes ni Angelina jatuh dalam kategori berisiko. Peratusan risikonya agak tinggi iaitu lebih 80%. Jom kita tengok apa kata pakar.

angelina jolie buang payudara

Selain saranan yang disebut oleh Dr Hamid Arshat, terdapat banyak langkah lagi yang disarankan oleh pakar kesihatan bagi mencegah kanser payudara. Saya ada berkongsi tentang langkah-langkah pencegahan kanser payudara DI SINI.

Dr Hamid Arshat juga menyebut tentang pengambilan supplement yang mengandungi resveratrol bagi mencegah kanser payu dara. Saya ada menyentuh tentang contoh supplement yang mengandungi resveratrol DI SINI.

Ya.. semua wanita nak sihat kan demi menjaga keluarga. Langkah-langkah di atas merupakan ikhtiar yang boleh diambil bagi mencegah kanser payudara daripada berlaku. InsyaAllah..

Haaa.. lelaki juga kena risau tau sebab kanser payudara bukan eksklusif terjadi di kalangan wanita sahaja. Tetapi lelaki juga berisiko untuk mendapat kanser tersebut.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge