Jangkitan virus selsema burung H7N9: Langkah Keselamatan Yang Perlu Diambil

Saya pernah berkongsi berkaitan maklumat yang perlu anda tahu tentang jangkitan virus selsema burung H7N9 DI SINI. Setakat artikel ini ditulis tiada lagi kes jangkitan virus selsema burung H7N9 yang dikesan di Malaysia. Alhamdulillah.. Namun begitu jangan memandang ringan akan hal ini. Kita masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Berikut adalah kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tentang langkah-langkah penting yang perlu diambil.

Setakat kenyataan ini dikeluarkan, WHO tidak mengeluarkan sebarang nasihat perjalanan (travel advisory) atau mengeluarkan sebarang larangan lawatan ke negara China. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan  orang awam seperti berikut : 

a) Mengelakkan mengunjungi pasar yang menjual unggas hidup bila mengunjungi negara-negara yang terlibat dengan jangkitan avian influenza;

b) Mereka yang pulang dari Shanghai, Anhui, Jiangsu dan Zhejiang, China dengan gejala pernafasan dinasihatkan untuk memakai topeng muka (mask) dan segera mendapatkan rawatan perubatan dan memaklumkan sejarah perjalanan mereka kepada doktor. 

c) Tidak memegang unggas yang ditemui mati tanpa alat perlindungan diri dan hendaklah melaporkan kejadian kematian unggas yang luar biasa ke Pejabat Veterinar yang terdekat;

d) Bagi penternak dan pengusaha ladang unggas hendaklah sentiasa  patuh kepada nasihat dan panduan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar;

e) Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau sanitizer, terutamanya selepas batuk dan bersin; 

f) Mendapatkan rawatan di klinik yang berhampiran dengan segera apabila mendapat gejala influenza-like illness (ILI), terutamanya bagi mereka yang terlibat dengan pengendalian unggas; dan

g) Melaporkan sebarang kejadian kluster ILI (Influenza Like Illness) kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

Memakai mask adalah antara langkah yang berkesan bagi mencegah jangkitan

Memakai mask adalah antara langkah yang berkesan bagi mencegah jangkitan

Walaupun tiada lagi kes jangkitan virus selsema burung H7N9 di kesan di Malaysia, namun begitu kita mestilah sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, elakkan pergi ke tempat kurang bersih dan ramai orang seperti pasar. Sejurus pulang ke rumah, cucilah tangan dan tukarlah pakaian terlebih dahulu sebelum memegang anak kecil.

Oh ya.. saya juga pernah berkongsi, tentang bagaimana meningkatkan sistem pertahanan tubuh anak-anak dalam artikel ini.

Klik LIKE dan SHARE untuk berkongsi dengan keluarga, saudara mara serta kawan-kawan sekiranya anda mendapati maklumat ini bermanfaat. 🙂

Kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge