Jangkitan virus selsema burung H7N9: Apa yang perlu anda tahu?

Dulu kita digemparkan dengan virus selsema burung H1N1. Kini virus influenza tersebut kembali dengan jenis yang lain iaitu virus influenza H7N9. Virus selsema burung H7N9 atau juga dikenali sebagai Avian Influenza A H7N9 mula disahkan di China pada 29 Mac 2013. 

Selsema burung H7N9 adalah  penyakit selsema yang berlaku di kalangan unggas (burung dan ternakan seperti ayam). Secara umumnya, jangkitan selsema burung H7N9 atau Avian Influenza A H7N9 dari unggas kepada manusia hanya boleh berlaku jika bersentuhan dengan unggas yang telah dijangkiti dengan virus selsema burung tersebut. WHO menyatakan setakat ini, tiada bukti yang menunjukkan penyakit selsema burung H7N9 boleh dijangkiti dari manusia kepada manusia yang lain. Buat masa ini juga, tiada vaksin untuk selsema burung H7N9.

bird flu

Di Malaysia setakat ini tiada kes jangkitan virus selsema burung H7N9 dilaporkan. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPVM) melalui pemantauan di seluruh negara mengesahkan tiada kes selsema burung (H7N9) di kalangan unggas dikesan di Malaysia.

Sehingga 127 April 2013, sejumlah 112 kes dengan sebelas 23 kematian telah dilaporkan dari lima wilayah di China iaitu di Anhui, Henan, Jiangsu, Shandong, Zhejiang, Beijing dan Shanghai serta 1 kes dilaporkan di Taipei.

Simptom jangkitan virus selsema burung H7N9 termasuklah demam, batuk dan sesak nafas. Di samping itu terdapat juga kesakitan serius seperti pneumonia yang teruk, acute respiratory distress syndrome (ARDS), septic shock dan kegagalan organ untuk berfungsi yang boleh menyebabkan kematian.

Saya pernah berkongsi tentang langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mencegah gangkitan virus selsema burung H7N9 DI SINI.

Maklumat lanjut tentang jangkitan virus selsema burung H7N9 boleh juga dibaca di link di bawah:

1) http://www.cdc.gov/flu/avianflu/h7n9-faq.htm#pandemic

2) http://wwwnc.cdc.gov/travel/notices/watch/avian-flu-h7n9.htm

3) http://www.moh.gov.my/press_releases/393

4) http://www.moh.gov.my/press_releases/392

5) http://www.moh.gov.my/press_releases/391

Jangan lupa klik button LIKE dan SHARE untuk berkongsi dengan keluarga, saudara mara dan kawan-kawan. 🙂

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge