Tips Memandu Sendiri Di Perth, Australia

Tak susah memandu sendiri di Perth. Diorang sama je macam kat Malaysia. Driver duduk sebelah kanan. Tak perlukan lesen memandu international kalau memandu di sana. Bawak je lesen kita tu. Lesen yang ada cip tu tau. Bukan lesen laminate tu.

1) Check jarak tempat yang nak pegi
Benda pertama kena buat bila decide nak memandu sendiri di Perth, kita kena check dulu tempat yang kita akan pegi tu berapa jauh dari Perth City. Kenapa? Sebab ini akan menentukan sama ada kita pilih pakej sewa kereta yang limited KM atau pun unlimited KM. Limited KM ni setakat radius 100km dari Perth City manakala kalau unlimited KM untuk radius 500km dari Perth City.

Contohnya macam kitorang hari tu. Tempat paling jauh di utara Perth kitorang pegi The Pinnacles Desert lebih kurang dekat 200km dari Perth City manakala tempat paling jauh di selatan Perth, kitorang pegi Albany dekat 500km dari Perth City. So, kitorang ambik unlimited KM. Macam mana nak check jarak tempat ni dari Perth City? Guna je Google. Boleh tengok gambar yang Sue share kat bawah cara nak check jarak.

2) Pilih kereta
Macam biasa pilih kereta mengikut bilangan orang. Since kitorang 11 pax, jadinya Sue pilih Renault 12 seater. Kena consider muatan luggage jugak.

3) Cara bayar
Paling senang, bayar menggunakan kad kredit. Kalau nak guna kad debit, kena tanya dulu company tu accept ke tak. Pastikan kad kredit yang digunakan masa booking kereta adalah kad kredit orang yang akan memandu kereta tersebut. Memang rules company kereta sewa macam tu.

Biasanya, company kereta sewa akan minta bayar bond. Bond ni kira macam deposit. Kalau kita pulangkan kereta dalam keadaan baik, diorang akan return bond ni. Bond biasanya sekitar AUD200-400.

4) Car seat untuk toddler dan infant
Yang ni pon jangan lupa masukkan dalam bajet ye. Kanak-kanak 7 tahun ke bawah wajib pakai car seat. Bukan setakat duduk je atas car seat tu. Pastikan pakai belt tu. Ada kes, anak dier pandai-pandai gi bukak belt, polis nampak pulak masa berhenti kat traffic light. Tak pasal-pasal kena saman. Makanya, pantau la anak-anak masa duduk dalam car seat tu.

Macam kitorang, setiap row tempat duduk ada adult so boleh make sure diorang tak bukak belt car seat tu. Kalau nak menyusu, berhenti la kejap kat mana-mana yang sesuai untuk berhenti. Jangan kau gi menyusu masa kenderaan tengah bergerak. Tak pasal-pasal kena saman. Terbang duit. Nangis weh bayar saman dalam AUD.

5) Insurance coverage untuk kereta
Insurans coverage ni ada je pilihan tak nak ambil pon boleh. Tapi, Sue sarankan ambil lah insurans. Kalau dah ambik travel insurans, perlu ke insurans ni? Kena check balik travel insurans yang diambil ada tak cover kereta.

Walaupon dah ambik travel insurans, Sue still ambik jugak insurans ni. Yer la. Kalau jadi apa-apa tak de la keluar duit sendiri. Nak bayar damage dalam Australia Dollar memang tak la.

Ada yang cakap. Tak pe. Tak payah ambik insurans. Pandu je berhemah. InsyaAllah tak de apa-apa. Sue jenis tak berani ambik risiko macam tu.

6) Tempat parking
Tempat parking di sekitar Perth mostly kena bayar. Masa nak cari AirBnB di Perth, antara kriteria yang Sue tengok, tempat parking disediakan ke tak. Tempat parking sekitar attractions, mostly kena bayar.

7) Petrol
Harga petrol di Perth berbeza-beza di setiap stesen minyak. Setiap hari pon harga minyak berbeza. Ada sesetengah stesen minyak, harga minyak waktu pagi berbeza dengan waktu petang. Ada jugak stesen minyak jenama sama tetapi lokasi berbeza pon tak sama jugak harga minyak diorang. Harga minyak di kawasan bandar lebih murah berbanding di luar bandar.

Install Apps ‘Fuel Maps Australia’ untuk memudahkan trip korang. Apps ni bukan setakat tunjuk lokasi stesen minyak, tapi apps ni jugak menunjukkan harga minyak stesen minyak berkenaan.

8. Keselamatan
Banyak sangat kes pecah kereta di Perth. Macam tak boleh hadam kan bandar macam tu banyak kes pecah kereta.

Penting sangat ni. Jangan tinggal apa-apa benda berharga dalam kereta. Walaupon hanya beg kosong. Ada kes tinggal beg susu anak pon cermin kereta kena pecah. Dan paling dasyat, ada kes tak tinggal apa-apa pon barang di seat pemandu atau penumpang. Tapi tinggal barang di bonet kereta. Kena pecah jugak. Kes macam ni jarang jadi. Tapi kena sentiasa beringat. Cari lah tempat parking yang orang ramai lalu lalang.

Pengurus kereta sewa pon pesan benda yang sama pasal ni. Pesannya, kalau ada barang berharga, make sure ada yang stay dalam kereta. Pengurus tu cakap, jangan risau, tak de la kes pecah kereta sampai mencederakan orang. Apa-apa pon, safety first.

9) Had laju
Memandu di Perth sangat-sangat tenang. Just enjoy the ride. Sebab speed limit area bandar paling tinggi pon 80km/j. Kalau highway paling tinggi pon 100-110km/j. Mostly 90km/j.

Ya. Agak stress kalau kejar masa. Tapi, nak tak nak, kena la follow. Sebab, dah balik Malaysia pon surat saman tu boleh sampai kepada korang melalui syarikat kereta sewa. Dan, bayarannya sudah tentu dalam AUD. Ada yang pernah kena saman AUD400. Cuba convert ke RM. Kemurungan weh.

10) Penunggang basikal
Pastikan jarak kenderaan dan penunggang basikal mengikut peraturan yang telah di tetapkan.

Sekiranya di kawasan had kelajuan 60km/sj, jarak kenderaan kita dengan penunggang basikal 1 meter.
Kawasan had kelajuan lebih 60km/sj, jaraknya 1.5 meter.
Denda $400 boleh dikenakan sekiranya didapati bersalah.

11) Nombor kecemasan
Benda yang paling kami tak expect akan berlaku. Transport kami tak boleh start masa hari ke 8 di Perth. Terus call company kereta sewa.

Ada yang tanya. Bila masanya elok booking kereta?
Bagi Sue, bila korang punya itinerari dah confirm baru tempah kereta. Sue booking 2 minggu sebelum trip. Lambat dah tu. Nasib baik bukan peak season. So, still banyak pilihan.

Tips kalau nak jimat tang sewa kereta ni, susun iti korang hari last day kat Perth tu untuk jalan-jalan area Perth City. Perth City susah parking. Elok naik public transport je. Nak bayar parking pon mahal. Jimat dah tak payah sewa kereta untuk last day kat Perth. Ada free shuttle untuk jalan-jalan di Perth City.

Kan kitorang sewa 12 seater van. Besar betul. Kalau side parking, kena cari yang ada 2 slot kosong. Memang susah nak cari parking area town dengan van besar gedabak macam ni.

So orang company kereta sewa suggest kitorang park kat office diorang then ambik free shuttle kalau nak jalan-jalan area Perth City. Tapi kitorang tak buat macam tu. Kitorang masuk Perth City after 5pm. Senang nak cari parking lepas 5pm. Parking pon free lepas pukul 5 petang. Since bawak mak ayah dan ada 5 orang budak2, Sue rasa lagi selesa drive sendiri ke mana-mana. Semua ni terpulang kepada kesukaan masing-masing. Yang tak bestnya pukul 5 almost semua kedai kat Perth City tu dah tutup. So, lepas pukul 5 petang, kami pilih jalan-jalan tempat yang tak de open hours macam Elizabeth Quay.

Okayyy.. Itu saja tips dari Sue.

Jemput baca sharing Sue yang lain tentang pengalaman kami bercuti di Perth.

1) Kenapa wajib masukkan Albany jika bercuti di Perth
https://www.facebook.com/suhaida.suaid/posts/10156720547758538

2) The Pinnacles dan Lancelin Sand Dune
https://www.facebook.com/suhaida.suaid/posts/10156626937848538

3) Penginapan di Margaret River
https://www.facebook.com/suhaida.suaid/posts/10156694066153538

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge