Omega 3 Untuk Kurus?

Jangan tak tahu. Omega 3 oleh diambil sebagai agen pembakar lemak untuk kurus!

Kajian telah dijalankan oleh  Hongqin Wang dan rakan saintisnya yang lain, menunjukkan asid lemak Omega 3 membantu mengurangkan masalah obesiti. Omega 3 juga membantu individu yang mempunyai masalah obesiti dan tekanan darah tinggi untuk mengurangkan berat badan. Omega 3 adalah asid lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh sel badan. Jadi, kita perlu mengambil sumber makanan yang mengandungi asid lemak Omega 3 seperti ikan. Kalau tak nak makan ikan boleh ambil supplement Omega 3 seperti Omega Guard Shaklee.

Omega Guard Shaklee

Omega Guard Shaklee

Jadi, bagaimana Omega 3 boleh menjadi agen pembakar lemak?

Omega 3 membantu membakar lemak dengan membantu sel badan bertindak terhadap hormon yang dikenali sebagai leptin. Leptin akan memberi isyarat kepada otak untuk menurunkan selera makan jadi kita akan berasa kenyang. Apabila kita kenyang maka ianya membantu kita untuk kurang makan lalu dapat mengurangkan berat badan. Jadi jika  hormon leptin meningkat kita berasa kenyang. Jika hormon leptin menurun kita akan berasa lapar, selera makan bertambah dan rasa nak makan je.

burn fat

Selain daripada itu, leptin juga meningkatkan metabolisme badan dengan memberi isyarat kepada otak untuk mengeluarkan bahan yang akan menurunkan selera makan. Leptin juga meningkatkan penggunaan tenaga dan membantu meningkatkan metabolisme lemak.

Omega 3 juga membantu mengawal selera makan dengan menstabilkan kandungan gula dalam darah. Satu kajian yang dijalankan di Australia menunjukkan individu yang mengambil Omega 3 dan melakukan senaman, didapati membakar lebih banyak lemak berbanding individu yang melakukan senaman sahaja tanpa mengambil Omega 3. Satu lagi kajian di Jepun dan Republik Czech menunjukkan Omega 3 membantu mencegah pengumpulan lemak pada badan. Kajian yang sama juga menunjukkan individu yang mengambil Omega 3 membakar lebih banyak lemak.

Jadi apakah makanan yang mengandungi banyak asid lemak Omega 3?

Ikan dari laut sejuk seperti salmon mengandungi kandungan Omega 3 yang sangat tinggi, Walnut dan flaxseed juga mengandungi Omega 3.

Kandungan, Omega 3, EPA dan DHA dalam setiap ikan adalah berbeza.

Kandungan EPA dan DHA dalam setiap ikan adalah berbeza. EPA dan DHA adalah komponen yang terdapat di dalam asid lemak Omega 3. Semakin tinggi kandungan EPA dan DHA semakin tinggilah kandungan Omega 3 di dalam ikan tersebut.

Terdapat banyak sangat supplement Omega di pasaran sampai tak tahu nak pilih yang mana kan. Kalau korang tanya saya tentu sekali saya akan sarankan Omega Guard Shaklee. Saya pernah berkongsi tentang Panduan Memilih Supplement Omega Terbaik.

Omega 3 bukan sahaja untuk kurus tau. Banyak lagi kelebihan Omega 3 yang korang patut tahu. Antara info lain yang pernah saya kongsikan tentang Omega 3. Klik link di bawah ye.

1. Kepentingan Omega 3 Terhadap Kesihatan Jantung

2. Panduan Memilih Supplement Omega Terbaik

Dah ramai yang mengambil Omega Guard Shaklee. Kalau korang berminat boleh hubungi saya. Saya akan berikan diskaun untuk semua pembaca blog saya.

Cara untuk menghubungi saya:

SMS/WhatsApp: 019-454 8200

Email: personaglitters@gmail.com

Facebook Fanpage: Persona Medina

Facebook saya: Suhaida (boleh chatting untuk tanya apa-apa soalan tentang supplement)

Konsultasi percuma untuk pelanggan saya sahaja ye 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge