Supplement Yang Sesuai Untuk Pesakit Kencing Manis

Saya pernah ditanya apakah supplement yang sesuai untuk pesakit kencing manis. Terlebih dahulu kita kena kenal pasti dahulu apakah masalah kesihatan yang selalu dialami oleh pesakit kencing manis tersebut. Masalah yang paling biasa dialami oleh pesakit kencing manis adalah paras gula dalam darah yang tinggi. Dah makan ubat, dah pantang makan itu ini tapi gula masih tinggi juga. Adakah ibu bapa anda atau anda sendiri mengalami masalah seperti ini?

Supplement Yang Sesuai Untuk Pesakit Kencing Manis Mengawal Masalah Paras Gula Yang Tinggi Di Dalam Darah

1) Vivix

Resveratrol yang terdapat di dalam Vivix memberi banyak manfaat kepada pesakit kencing manis. Terdapat kajian yang menunjukkan apabila resveratrol diambil bersama ubat kencing manis sedia ada, kawalan gula di dalam darah adalah lebih baik. Dengan kata lain, Vivix dapat membantu menurunkan paras gula di dalam pesakit kencing manis. Kajian juga menunjukkan resveratrol ini dapat menurunkan paras kolesterol di dalam darah. Saya pernah kongsikan DI SINI, testimonial pengguna Vivix yang menggunakan Vivix untuk mengawal penyakit kencing manis mereka. 

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana Vivix boleh membantu pesakit kencing manis mengawal penyakit mereka, anda boleh baca ARTIKEL INI.

vivix shaklee

Vivix Shaklee

2) Energyzing Soy Protein (ESP)

Berbanding susu lain yang terdapat di pasaran. ESP mengandungi rendah karbohidarat dan gula. Dalam setiap hidangan ESP, kandungan karbohidratnya adalah 10 gram manakala kandungan gula adalah 9 gram. ESP juga merupakan kumpulan minuman yang mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Indeks Glisemik ESP adalah 39 sahaja. Indeks Glisemik menggambarkan kadar kecepatan gula dalam darah meningkat apabila kita makan sesuatu makanan. Indeks glisemik ESP adalah rendah menjadikan ianya sesuai untuk pesakit kencing manis.

Klasifikasi

Bacaan Indeks Glisemik

Contoh  makanan

Indeks Glisemik Rendah

Kurang dari 55

Bijirin (barli, oat,millet)Kekacang (walnut, soya, badamSayur-sayuran, Buah-buahan
Indeks Glisemik Sederhana

Antara 56-69

Prune, Roti pita, Beras basmati
Indeks Glisemik Tinggi

Lebih dari 70

Roti putih, nasi putih, glukos, kentang
Kandungan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee

Kandungan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee

Selain itu, kandungan protein di dalam ESP membantu pembinaan sel-sel baru yang rosak akibat penyakit kencing manis. Sel-sel yang rosak akan menyebabkan berlakunya pelbagai komplikasi kepada pesakit kencing manis.

Berbanding susu Ome**, kandungan karbohidratnya lebih tinggi daripada ESP iaitu 17.7 gram dalam setiap hidangan. Manakala kandungan gulanya untuk setiap hidangan adalah 13.2 gram. Kandungan karbohidrat dan gulanya sangat tinggi. Menjadikan ianya kurang sesuai untuk pesakit kencing manis. Kalau nak minum juga susu ni kurangkan kuantitinya dan campurkan juga dengan oat semasa bancuh.

Kandungan Susu Omeg*

Kandungan Susu Ome**

Adalah penting untuk pesakit kencing manis melihat kandungan karbohidrat dan gula pada label makanan atau minuman kerana ianya akan mempengaruhi kandungan gula di dalam darah.

3) Vitalea

Vitalea adalah multivitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral di dalamnya. Vitalea membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan tubuh pesakit kencing manis. Kalau anda atau ibu bapa anda sering letih dan lesu, saya sangat-sangat menyarankan anda mengambil Vitalea bersama Vitamin B Complex Shaklee

Vitalea Shaklee

Vitalea Shaklee

4) Vitamin B Complex

Antara masalah lain yang paling biasa dialami oleh pesakit kencing manis adalah masalah kebas pada jari, tangan dan kaki. Kebas-kebas ini adalah antara komplikasi yang boleh dialami oleh pesakit kencing manis. Bagi mengatasi masalah ini supplement yang paling sesuai diambil adalah vitamin B Complex. Vitamin B Complex Shaklee mengandungi Vitamin B1, B2, B3, B6 dan B12 di samping vitamin yang lain iaitu folic acid, biotin dan d-Calcium Pantothenate. Vitamin B Complex ini membantu menagani masalah kebas-kebas yang dialami oleh pesakit kencing manis.

Vitamin B Complex Shaklee

Vitamin B Complex Shaklee

5) Omega Guard

Omega Guard Shaklee mengandungi asid lemak omega 3 yang mempunyai banyak manfaat kepada pesakit kencing manis. Kajian menunjukkan omega 3 dapat meningkatkan metabolisme karbohidrat dan lemak. Keadaan ini penting bagi pesakit kencing manis supaya paras gula dan kolesterol mereka berada pada tahap terkawal. Selain itu, omega dapat mengurangkan risiko pesakit kencing manis mendapat masalah jantung.

OmegaGuard Shaklee

Omega Guard Shaklee

Banyak kan supplement yang sesuai untuk pesakit kencing manis. Jangan risau tau. Anda tidak semestinya memerlukan kesemua supplement ini. Pemilihan supplement yang betul adalah penting untuk memastikan anda mendapat manfaat yang terbaik. Oleh itu, konsultasi tentang supplement yang sesuai sangat penting sekiranya anda mempunyai penyakit kencing manis.

Anda boleh membeli produk-produk ini dengan mana-mana agen/pengedar Shaklee di Malaysia ini. Namun begitu saya tidak menjamin anda mendapat konsultasi yang terbaik daripada pengedar-pengedar lain kerana kencing manis adalah penyakit yang complicated. Untuk memahami tentang penyakit kencing manis dengan lebih lanjut, anda boleh membaca ARTIKEL yang saya pernah tulis sebelum ini tentang penyakit kencing manis DI LINK INI.

Harus diingat. Semua supplement ini bukanlah untuk mengganti rawatan kencing manis sedia ada. Pesakit perlu meneruskan rawatan seperti biasa untuk mengawal penyakit kencing manis tersebut. Pesakit juga harus terus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang.

Pengambilan supplement bukanlah bermakna pesakit kencing manis boleh makan apa sahaja tanpa kawalan dan tidak lagi mengambil ubat kencing manis dalam rawatan sedia ada. Supplement membantu meningkatkan tahap kesihatan penyakit kencing manis. Selain itu, supplement juga bertindak sebagai pilihan tambahan untuk mengawal penyakit kencing manis.

Sekiranya anda berminat untuk mmengetahui dengan lebih lanjut berkenaan supplement untuk pesakit kencing manis, anda boleh menghubungi saya dengan mana-mana cara di bawah.

Sekiranya nak tau dengan lebih detail tentang supplement yang saya sebutkan di atas, boleh contact saya melalui:

SMS/WHatsApp: 019-4548200

Email: info.vitamin2u@gmail.com

Facebook Personal: https://www.facebook.com/suhaida.suaid

Facebook Page: https://www.facebook.com/personamedina/

Istimewa untuk pelanggan saya, konsultasi dan follow up secara percuma diberikan untuk anda. Hubungi saya sekarang!

:-)  :-)  :-)

pengedar-shaklee

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge