Cara Mengatasi Keletihan Dengan Berkesan

Keletihan adalah antara masalah yang paling saya tidak suka sebab ianya akan mengurangkan fokus dan mengganggu alertness bukan sahaja terhadap kerja tapi juga ketika memandu. Keletihan juga menjadikan saya malas nak buat apa-apa, menjadikan saya sangat slow pick up dan lembap berfikir. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencuba beberapa cara seperti ambil cuti rehat dan berehat di rumah tanpa anak-anak dan suami. Tapi masa tu sajalah tak letih. Bila esoknya pergi kerja, letih semula macam tak pernah berehat seminggu. Pernah tak korang mengalami situasi macam saya ni?

keletihan badan

Saya pernah menulis tentang punca-punca keletihan badan DI SINI. Saya juga pernah berkongsi cara saya mengatasi cepat ketih ketika mengandung DI SINI. Kalau tak mengandung pun boleh guna menggunakan cara yang sama bagi mengatasi masalah keletihan badan. Sekarang saya nak berkongsi pulak pemakanan yang bagaimana yang boleh diamalkan bagi mengatasi masalah keletihan badan.

1) Ambil makanan yang boleh boostkan tenaga

Kafein dan makanan yang manis yang tinggi kandungan gula memang boleh boost tenaga dengan cepat. Namun begitu tenaga yang dihasilkan tidak berpanjangan dan korang akan cepat letih balik. Jadi, ambil makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks serta snack berprotein (bukan twisties, mr potato semua2 tu ye. Itu junk food).

Contoh makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks: roti wholemeal, oat, beras perang, bijirin seperti gandum, jagung, ubi kentang

Contoh snack berprotein: susu, soya, kekacang, telur, tuna, yogurt,

Makanan seperti karbohidrat kompleks dan snack berprotein membantu menjana tenaga untuk jangka masa yang panjang.

2) Makan makanan yang tinggi karbohidrat dan tinggi fiber semasa sarapan pagi

Jaimie Davis, PhD, RD, saintis di Institute for Prevention Research at the University of Southern California, Los Angeles menyarankan pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat dan tinggi fiber ketika sarapan pagi bagi mamastikan tenaga dijana dalam tempoh masa yang cepat tetapi lebih panjang. Tips ini memang berkesan kerana satu kajian telah dijalankan dan hasilnya disiarkan dalam International Journal of Food Sciences and Nutrition. Di mana dalam kajian ini didapati individu yang mengambil makanan yang tinggi fiber dan tinggi karbohidrat lebih alert dalam tempoh antara sarapan pagi dan makan tengahari.

Ha.. ni baru dua tips yang saya kongsikan dengan korang tentang pemakanan yang boleh diamalkan untuk mengatasi keletihan badan. Ada lagi 4 tips yang best, menarik dan bermanfaat untuk diamalkan. Untuk memastikan korang tidak tertinggal tips ni, jadilah salah seorang subscriber blog ni dengan mengisi nama dan email korang di ruang atas sebelah kanan.

Sumber: Webmd.com

p/s: Kalau korang rasa ianya bermanfaat untuk korang dan mereka yang korang sayang dan cinta, please share 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge