Scaling Gigi

Dah lama sangat berkeinginan nak cuci-cuci gigi ni ataupun nama canggihnya scaling gigi. Tapi selalu bertangguh sebab konon-kononnya scaling gigi tak penting sangat. Tak sakit gigi ke apa kan. So kenapa nak buat cepat-cepat. Owhh.. pemikiran ini sangat tidak betul. Setelah jumpa dentist tadi ternyata saya merasakan saya lambat bertindak! Plak dah banyak. Jadi, semasa prosedur banyak juga la darah keluar. Dentist dah inform awal-awal pasal ni.

Rasa berdebar jugak la masa awal-awal berbaring atas kerusi tu. Tapi bila dentist dah mulakan prosedur, rasa biasa je. Sakit sikit-sikit tu normal la kan. Tapi bila dia gerakkan alat tu di gigi depan, ngilu nya Ya Allah. Tahan je la. Dentist tu beberapa kali tanya ok ke tak. Mestilah ok kan. Bersalin lagi sakit tau. Huhuuu.. lepas dah selesai semua, dentist tu cakap:

“Gigi you semua ok. Cuma gusi you saja tak ok. Lepas ni seelok-eloknya datang setahun sekali”

OK. Jadi macam mana proses scaling gigi tu. Scaling gigi bertujuan nak buang semua plak pada gigi. Gambar di bawah ni sangat jelas menunjukkan bagaimana scaling dilakukan.

Scaling Gigi

Scaling Gigi

Tau tak, Tinjauan Kesihatan Oral Kebangsaan (NOHSA) ke atas orang dewasa pada 2010, mendapati 52.4 peratus golongan itu menganggap mereka mempunyai kesihatan mulut yang baik sedangkan 98.3 peratus dewasa memerlukan perawatan gigi.

Kajian tersebut turut mendedahkan, 88.9 peratus mempunyai masalah gigi rosak dan 94 peratus mengalami masalah gusi. (Baca artikel penuhnya DI SINI.)

Kenapa kita perlus ambil kisah tentang kewujudan plak pada ggi? Plak pada gigi mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan masalah gusi seperti gigngivitis. Tanda-tanda gigivitis apabila gusi menjadi bengkak dan merah. Kadang kala gusi berdarah apabila kita memberus gigi. Jika seseorang itu menjalani pembedahan jantung, kebersihatan gigi sangat penting kerana dikhuatiri bakteria di kawasan itu akan berjangkit ke bahagian berkaitan.

Semasa nak bayar kat kaunter, pembantu klinik tu cakap bulan ni pemeriksaan gigi adalah percuma. Tak tahu la berapa kena caj kalau untuk pemeriksaan gigi sahaja. Baru saya tahu, April setiap tahun adalah bulan pemeriksaan gigi percuma. Korang boleh tanya kat mana-mana klinik gigi berdekatan. Akan dapat free goodies barangan Colgate sebab Colgate terlibat dengan Kempen Bulan Kesihatan Mulut.

Hari ni saja untuk scaling atau cuci-cuci gigi saya kena caj RM125. Saya dah agak mesti rm100 lebih sebab dekat setengah jam jugak la buat prosedur tu. Melambangkan agak kritikal juga plak pada gigi saya. Owh.. saya juga dapat Sensodyne percuma.

Antara kesan lain yang saya rasakan selpes scaling, gigi saya menjadi agak sensitif. Ngilu sangat bila minum air sejuk. Barulah saya faham kenapa dentist tu bagi Sensodyne percuma. Perasaan yang paling best gigi terasa sangat bersih dan licin!! 🙂

Barang-barang free yang dapat tadi

Barang-barang free yang dapat tadi

p/s: kejap-kejap belek cermin tengok gigi. Lain macam je rasa lepas buat scaling gigi. Perasaan lain macam tu terlebih-lebih sudah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge