Lagi Cerita Panas Yang Didedahkan Dalam Biografi Syed Mokhtar Albukhary

Sebelum ini saya pernah berkongsi sebahagian daripada cerita-cerita panas yang didedahkan dalam buku Biografi Syed Mokhtar Albukhary DI SINI. Hari ini saya ingin berkongsi lagi cerita yang menarik yang didedahkan di dalam buku ini.

Buku Biografi Syed Mokhtar Albukhary

Buku Biografi Syed Mokhtar Albukhary

1) “Itu bukanlah kali pertama Lim Goh Tong cuba membeli saya. (Korang boleh klik LINK ni untuk mengetahui cerita kali pertama yang mengaitkan Syed Mokhtar dan Lim Goh Tong). Apabila .dia mendapat tahu saya tidak mempunyai dana untuk membangunkan sebidang tanah di Kulai, Johor, yang diperuntukkan kepada saya, dia menawarkan RM6 juta juga untuk mengambil alih tanah itu. Sekali lagi saya menolak. Saya simpan 30% saham yang diberikan kepada saya dan tanah itu kemudiannya dibangunkan oleh syarikat saya Ambang Budi. Saya menolak RM6 juta ketika itu, tetapi hartanah itu kini bernilai RM160 juta dan menjadi sebahagian daripada Tradewinds Group yang saya miliki”.

2) 2004, drama DRB-HICOM. Apa yang bermula sebagai transaksi mudah antara penjual yang bersedia dan pembeli yang berkesanggupan bertukar menjadi pertembungan hangat antara 2 hartawan dan dua kumpulan vendor. Syed Mokhtar terheret ke kancah itu: “Saya tidak tahu banyak mengenai DRB-HICOM kecuali bahawa ia telah diasaskan oleh usahawan gigih Yahya Ahmad yang meninggal dunia dalam nahas helikopter pada tahun 1997. Pada awal 2004, pengerusinya Saleh Sulong, meminta untuk berjumpa dengan saya. Kami bertemu di kafe di Muzium Kesenian Islam Malaysia dan dia menawarkan untuk menjual kepada saya kepentingan 15.8% yang dipegang oleh pewaris Allahyarham Yahya. Saleh sebelum itu telah menghubungi Sime Darby dan Kumpulan Naza tetapi tiada jawapan.

Syed Mokhtar melakukan apa yang perlu: dia meminta kelulusan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, dan timbalannya Najib Tun Abdul Razak, untuk meneruskan pembelian. Dia diberi lampu hijau. Keesokan harinya, kerajaan menggugurkan bom. Ia menarik balik balik sokongan ke atas penjualan itu. Dalam pertemuan pada pukul 7:35 pagi dengan Perdana Menteri, Syed Mokhtar telah diarahkan untuk menarik balik pembelian DRB-HICOM bagi memudahkan bidaan oleh konsortium yang diketuai oleh Nasimuddin SM Amin.

Kisah pembelian DRB-HICOM kemudian berubah dengan tidak diduga apabila berlaku pergeseran terbuka antara vendor. Harta itu dibahagikan kepada dua kem; satu yang diketuai oleh Saleh Sulong, Mark Aziz Salih dan Philip Saleh Amir Saleh (60% pegangan) berbanding dengan anak Allahyarham Yahya Ahmad yang diketuai oleh anak lelakinya (40% kepentingan). Kumpulan Saleh lebih cenderung kepada Syed Mokhtar manakala anak-anak Yahya memberikan sokongan kepada konsortium yang dipimpin Nasimuddin.

Sebagai kompromi, Syed Mokhtar menawarkan untuk menjual segmen automotif kepada saingannya. Nasimuddin enggan terima. Untuk menyelesaikan kebuntuan, kerajaan campur tangan. Satu pengeluaran tender dibuat, dan kedua-dua syarikat telah dijemput untuk mengemukakan tawaran mereka. Pihak media tidak membantu, gendang sokongan lebih terarah kepada konsortium Nasimuddin yang sememangnya menonjol. Sudah biasa dengan amalan berat sebelah media, terutama media milik kerajaan New Straits Times Group, Syed Mokhtar tidak pernah hilang kayakinan. “90% daripada mereka yang menyokong saya putus asa.”

Namun Syed Mokhtar tetap tabah. “Saya tidak pernah putus asa kerana Tuhan tahu niat baik saya. Tidak ada motif terselindung. Saya mahu membeli DRB-HICOM dan menjadikannya lebih baik. Kita boleh lakukannya dengan memperluaskan nilai kumpulan.”

Apabila tawaran dikemukakan, Syed Mokhtar dengan berani mencadangkan RM3.60 sesaham sedangkan harga dagangan adalah RM2.10. Konsortium Nasimuddin menawarkan RM3.50. Jurangnya sangat rapat, dan semuaanya menunggu keputusan secara rasmi. Syed Mokhtar masih ingat dengan jelas hari penting itu. Selepas solat Jumaat pada 3 Disember 2004, pembantunya menerima panggilan daripada seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya yang berkata Syed Mokhtar telah berjaya dalam usahanya.

Bahagian Pertama:  Cerita ‘Hot’ Yang Didedahkan dalam Biografi Syed Mokhtar Albukhary

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge